Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Tuesday, October 26, 2010

War-War... Apa Khabar, MCC?

Salam dan apa khabar,


Agak lama tidak 'bersua', buat otak Kawe agak berkarat sebenarnya. Mahu ditulis apa ya? Tertanya-tanya, dengan kekangan kerja yang membukit, Kawe cuba meraih ruang agar blog ini tidak terus dibiarkan sepi tanpa cerita.

Beberapa bulan terkini, begitu banyak yang melingkari MCC. Terakhir, Hari Keluarga MCC yang telah diadakan dengan jayanya di Bagan Lalang pada 6 hingga 7 Jun 2010 yang lalu. Pertama kali dianjurkan di Kuala Lumpur, berbagai respon yang diterima.

Apapun, kita pegang pada satu tujuan, niatnya untuk berhimpun disamping mengeratkan lagi ikatan sesama ahli keluarga.

Pada yang bertanya, mohon maaf kerana tidak sempat untuk memuat naik gambar-gambar serta cerita berkenaan dengan perhimpunan berkenaan di blog. Bagi yang mempunyai akaun Facebook, terima kasih kerana berkongsi gambar di sana ya. Masing-masing teruja, yang muda-muda terutamanya.

Satu hakikat yang harus diterima, Facebook kini adalah merupakan medium terpantas untuk kita sama-sama mengetahui perkembangan terkini masing-masing, samada ahli keluarga mahupun teman-teman. Komunikasi yang lebih mudah dan 'ringan' menjadi pilihan terutama generasi muda yang sentiasa mahukan sesuatu yang ringkas dan bersifat moden.

Apapun, teguran Ayah Ngah selaku Presiden di dalam ruangan tagboard hari ini, buat Kawe terfikir dan kembali merenung tujuan blog ini dibangunkan, sebagai penyambung dan medium utama bagi MCC terutamanya untuk saling berinteraksi.

Kawe akui kekurangan waktu serta kekangan kerja membuatkan Kawe terpaksa 'melupakan' blog ini seketika. Oh, lupa tidak bermakna alpa. Kawe masih memantau dan memerhati perbualan ahli keluarga hari-hari meskipun mencuri-curi masa.

Teringat kata-kata awal arwah Babalong (Haji Wan Abdul Rahman) yang melahirkan idea agar blog ini direalisasikan, beliau mahu menjadikan blog ini suatu tempat 'perkumpulan' maya ahli keluarga.

Suatu impian yang tidak sukar sebenarnya namun Kawe harapkan semangat yang dialirkan oleh arwah dan juga Ayah Ngah hari ini akan terus terpahat dan (masih) kekal bersama kita.

Dikesempatan ini, Kawe mewakili ahli MCC yang lain, ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada keluarga Abang Shaman dan Kak Long Ninie di atas 'kunjungan' ahli terbaru di dalam keluarga mereka, Inas Sofea Bt. Norhisham pada 1 Oktober yang lalu.

Menariknya, Inas Sofea telah selamat dilahirkan di Hospital Perdana Kota Bharu tepat pada jam 10 pagi dengan berat kira-kira 2.55kg.

Sekali lagi tahniah buat mereka sekeluarga!

Oh ya! Sekadar berkongsi, gambar sisipan khas Konvo ke 34 UPM yang telah pun disiarkan di akhbar Berita Harian baru-baru ini. Artwork ini telah dijadikan muka depan bagi sisipan berkenaan- antara hasil kerja yang Kawe lakukan sekarang ini.

Projek lain, Kawe bersama team juga telah menghasilkan iklan promo UPM bagi siaran TV3. Berdurasikan kira-kira 30 saat, iklan ini telah disiarkan selama seminggu berturut-turut di slot-slot khas di TV3. Terima kasih pada yang telah memberi respon positif.

Ini Kawe siarkan komen/e-mel dari Ayah Ngah, Presiden MCC yang mengulas tentang iklan UPM berkenaan :

Ungkapan ’Saya yang menurut perintah’ dalam perkhidmatan kerajaan adalah merupakan asas dalam melaksanakan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Mengikut perintah pihak atasan, atau dengan lebih jelasnya perintah pegawai atasan yang memberi arahan kepada kita bermaksud menjalankan kerja mengikut arahan dan kehendaknya dengan memberikan petunjuk dan garis panduan untuk sesuatu kerja itu.

Bila sesuatu kerja yang dihasilkan telah memuaskan hati pihak atasan dan telah terpilih serta mendapat tempat untuk dipublisitikan, ini bermakana kerja itu telah mendapat pengiktirafan.

Tentunya kehendak pihak yang mengarahkan untuk sesuatu kerja itu telah mengambil kira disegi objektif, mesej dan kesan positif dari mesej itu serta kos pengendalian sesuatu iklan itu. Komen dari orang luar tidak perlu kerana orang luar tidak mengetahui had-had kerja yang dilaksanakan.

Iklan promosi yang telah ditayangkan itu mempunyai keunikannya yang tersendiri dengan sebab warna yang unicolour (warna hijau), bersesuaian dengan asal usul UPM sebagai sebuah IPT pertanian.

Kebolehan Shah menghasilkan objek grafik yang bergerak pantas telah menhidupkan iklan itu dengan berbagai-bagai mesej yang memberi kekyakinan serta membangkitkan kesedaran dan menarik minat pelajar-pelajar untuk memilih UPM sebagai institusi pengajian mereka.

Iklan itu senang difahami maksudnya dengan adanya pengakhiran yang mempamerkan logo UPM walaupun pada mula dan pertengahan iklan kita akan tertanya2 ”iklan apa kah ini?”.

Pada keseluruhannya papa berpendapat iklan itu telah mencapai standard untuk tayangan umum dalam semua media.

Papa hanya dapat mengucapkan syabas dan usaha lagi agar slot2 yang Shah hasilkan akan dikenali dan mendapat pengiktirafan umum yang mungkin ini dapat menjana kepada suatu pendapatan yang lumayan suatu hari nanti.

InsyaAllah!

Kawe@MCC